Kamis, 23 Desember 2010

LITHIUM

Litium atau nama asalnya Lithium, ialah adalah sejenis unsur kimia yang mempunyai nombor atom 3 dan tergolong didalam kumpulan logam alkali. Litium adalah sejenis logam lembut, berwarna putih keperakan dan sangat aktif terhadap air dan udara. Litium juga merupakan unsur logam paling ringan yang pernah dijumpai. Logam ini digunakan sebagai aloi pindahan haba di dalam bateri, dan salah satu komponen di dalam sesetengah ubat contohnya penstabil perasaan.
Menurut teorinya, litium (kebanyakan 7Li) adalah salah satu dari sedikit unsur yang disintesis dalam kejadian Dentuman Besar walaupun kelimpahannya sudah jauh berkurang. Sebab-sebab menghilangnya litium dan proses pembentukan litium yang baru menjadi topik penting dalam astronomi. Litium adalah unsur ke-33 paling melimpah di bumi,[1] namun oleh karena reaktivitasnya yang sangat tinggi membuat unsur ini hanya bisa ditemukan di alam dalam keadaan bersenyawa dengan unsur lain. Litium ditemukan di beberapa mineral pegmatit, namun juga bisa didapatkan dari air asin dan lempung. Pada skala komersial, logam litium didapatkan dengan elektrolisis dari campuran litium klorida dan kalium klorida.
Sekelumit litium terdapat dalam samudera dan pada beberapa organisme walaupun unsur ini tidak berguna pada fungsi biologis manusia. Walaupun demikian, efek neurologi dari ion litium Li+ membuat garam litium sangat berguna sebagai obat penstabilan suasana hati. Litium dan senyawa-senyawanya mempunyai beberapa aplikasi komersial, meliputi keramik dan gelas tahan panas, aloi dengan rasio kekuatan berbanding berat yang tinggi untuk pesawat terbang, dan baterai litium. Litium juga memiliki tempat yang penting dalam fisika nuklir.

1.     Sejarah
Litium (Yunani lithos, bererti "batu") telah ditemui oleh Johann Arfvedson pada 1817. Arfvedson menjumpai unsur ini di dalam mineral spodumen dan lepidolit (di dalam petalit), LiAl(Si2O5)2, semasa beliau menganalisa spesimen daripada pulau Utö di Sweden. Pada tahun 1818 Christian Gmelin merupakan orang pertama yang mencerap warna garam litium apabila dibakar, iaitu warna merah terang. Arfvendson dan Gmelin cuba mengasingkan unsur tersebut daripada garamnya namun kedua duanya gagal.
Unsur ini tidak berjaya diasingkan sehinggalah W.T. Brande dan Sir Humphrey Davy menggunakan kaedah elektrolisis ke atas litium oksida. Penghasilan komersil logam litium pula berjaya dilakukan oleh syarikat Jerman Metallgesellschaft AG melalui kaedah elektrolisis ke atas litium klorida dan kalium klorida.

2.     Sifat-sifat
Litium ialah logam yang paling ringan di dunia dan mempunyai ketumpatan yang hanya separuh daripada ketumpatan air. Seperti kebanyakan logam alkali, Litium sangat mudah bertindak balas terhadap air dan oleh sebab itu, Litium tidak didapati secara semula jadi. Apabila Litium dipanaskan, logam ini akan menghasilkan cahaya yang berwarna putih.
Litium perlu disimpan di dalam cecair hidrokarbon tidak mudah bakar seperti nafta. Selain itu, litium tidak memainkan peranan dalam biologi semulajadi dan dianggap sedikit toksik. Ini bermakna, jika litium digunakan sebagai drug, kepekatan darah perlu diawasi.

3.     Kegunaan
Disebabkan muatan habanya yang tinggi, Litium digunakan di dalam aplikasi pemindahan haba. Litium juga mempunyai keupayaan elektrokimia yang tinggi. Ini membolehkannya digunakan sebagai anod bateri. Kegunaan lain adalah seperti berikut:
Ø      Garam Litium contohnya Litium karbonat (Li2CO3), Litium sitrat, and Litium orotat adalah penstabil modus yang digunakan dalam rawatan kecelaruan dwikutub. Litium juga digunakan sebagai antidepresan
Ø      Litium klorida and lithium bromida bersifat higroskopik dan seringkali digunakan sebagai desiccant.
Ø      Litium sterat digunakan sebagai pelincir bersuhu tinggi serbaguna.
Ø      Litium ialah agen pengaloian bagi mensintesis sebatian organik, dan digunakan juga di dalam aplikasi nuklear.
Ø      Litium juga digunakan di dalam pembuatan kaca dan seramik. Contohnya kaca
Ø      Litium digunakan di dalam teleskop bersaiz 200 inci yang terletak di Gunung Palomar.
Ø      Litium hidroksida digunakan untuk mengeluarkan karbon dioksida daripada udara di dalam pesawat angkasa and kapal selam.
Ø      Aloi Litium bersama aluminium, kadmium, tembaga, dan mangan digunakan untuk menghasilkan komponen pesawat udara yang berprestasi tinggi.
  
4.     Hidrida
Litium hidrida, LiH, senyawa kristalin tak bewarna (titik leleh (melting point, mp) 680 oC). Li+ dan H-  membentuk kristal berstruktur garam dapur. Pelepasan kuantitatif gas hidrogen di anoda saat dilakukan elektrolisis garam leburnya menyarankan keberadaan H-. Air bereaksi dengan hebat dengan litium hidrida membebaskan gas hidrogen. Karena senyawa ini agak melarut dalam eter, hidrida ini digunakan sebagai pereduksi di kimia organik.


Dari berbagai sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Mohon dukungan dan Komentarnya...